LANTIKAN GURU CEMERLANG DG 48


Alhamdulillah...syukur kepada Allah..hanya Dia Yang Maha Pemberi.
Setelah menerima tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa,  saya telah  menerima lantikan Guru Cemerlang DG 48. Alhamdulillah...terlalu banyak yang Allah beri...dan terlalu kurang rasa syukur yang dipanjatkan selama ini..

 
Memang tidak mengharap akan mendapat lantikan GC DG48 kerana tahu yang saingannya sengit dan kuotanya sedikit. Lagipun memang dah berhasrat untuk sambung belajar (dah dapat tawaran CBBTP). Itu yang tidak berapa kisah bila ditanya oleh guru-guru lain, macam mana keputusan permohonan GC.
Ketentuan Allah juga mengatasi segala-galanya....
Akhirnya...saya masih di sini, di SMK Putrajaya Presint 9(2). Terus menabur bakti untuk anak-anak didik.
Kita merancang, Allah juga merancang dan Dia lah sebaik-baik perancang.
 
InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman dipantau oleh Jemaah Nazir. Mungkin boleh menjadi panduan dan rujukan bagi yang memerlukan.
 
 
 
Terbaru Lebih lama