BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PBL STEM BERSEPADU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera

BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PBL STEM BERSEPADU

Pada 4 - 6 April yang lepas telah diadakan Bengkel Kerja Pemantapan PBL STEM Bersepadu  bertempat di Hotel Vivatel Kuala Lumpur. Sasaran bengkel ini adalah penyelaras STEM JPN, pegawai SISC+, penyelaras STEM sekolah berkenaan PBL STEM Bersepadu.

Objektif bengkel ini adalah untuk:
  • memantapkan kefahaman tentang PBL STEM Bersepadu di peringkat JPN
  • menyelaras pelaksanaan PBL STEM Bersepadu di peringkat Bahagian dan JPN
  • bersedia bagi Bengkel Kerja PBL STEM Bersepadu di peringkat zon
Alhamdulillah, setelah tiga hari berbengkel, banyak input yang diperolehi. Ini amat membantu kami selaku pegawai yang terlibat dengan pelaksanaan STEM untuk turun memberikan bimbingan di sekolah.

Pada awalnya saya beranggapan bengkel ini seperti kebiasaan di mana kita hanya diberikan input sahaja tetapi ternyata saya silap. Ini kerana bengkel ini diadakan secara hands on hampir seratus peratus. Malah masa yang berlalu tidak terasa walaupun kami sedang berpuasa. Sedar-sedar dah tiba waktu berbuka. Walaupun aktiviti yang padat dan tamat pada jam 6:30 petang, tetapi pengendalian bengkel yang mantap membuatkan kami terus fokus pada tugasan yang diberikan.





Taklimat oleh urus setia bengkel yang 
terdiri daripada pegawai BPK





Pemandangan dari bilik hotel


Antara aktiviti yang dijalankan, mencari kata kunci yang diletakkan dalam timbunan kertas. agak mencabar tetapi menyeronokkan 


Bersedia untuk aktiviti energizer. Puasa-puasa ni kena banyak energizer kalau tak mengantuk😏


Semuanya bersemangat👍


Dah tak sabar nak jalankan aktiviti


Tenang-tenang dulu


Tetap ceria




Orang yang dihadapan sekali akan menulis apa yang disampaikan oleh ahli yang dibelakangnya. 


Team kami, Putrajaya dan Sarawak



Selfie dulu


Gelagat peserta


Berbuka puasa dan bersahur ramai-ramai. Jarang-jarang nak dapat peluang seperti ini


Menu berbuka puasa. Alhamdulillah



Team kami, Putrajaya Sarawak.






Bentang jangan tak bentang..




Gembira dapat menyiapkan tugasan😀


Suai padan, gunting, tampal..






Team Pulau Pinang Selangor





Team Perak Labuan


Team Kedah Sabah


Team Johor Kelantan


Sticker yang diperolehi ditampal di papan sticker kumpulan masing-masing



Kumpulan yang memenangi sticker yang paling banyak. 
Rupanya pemberian reward juga sebagai booster kepada kami untuk menyiapkan 
tugasan dengan pantas


 Alhamdulillah, selesai bengkel selama tiga hari dua malam


Ada tugasan menanti, perlu buat penyebaran kepada pegawai di JPN pula selepas ini









Terbaru Lebih lama